WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Wednesday, August 19, 2015

Kenali Perahu Layar ; Murid-murid teruja mencuba aktiviti sukan baru

Sukan Perahu Layar sudah tidak asing lagi di negara kita, malah Port Dickson turut tersenarai sebagai lokasi sukan ini apabila  peringkat kebangsaan dan antarabangsa diadakan.
Oleh itu, sukan Perahu Layar adalah antara sukan yang biasa dilihat oleh warga SMKPP...tetapi tidak ramai yang mencubanya sendiri sebagai hobi atau ambil bahagian dalam sukan tersebut.

Peluang yang diberi oleh Persatuan Perahu Layar Negeri Sembilan kepada semua murid Sekolah Menengah di daerah Port Dickson ternyata tidak disia-siakan oleh warga SMKPP . Peluang itu datang pada 13hb Ogos 2015 lepas, apabila 48 orang murid telah dibawa ke PD Admiral Marina di batu 6, bersama 10 orang guru pegiring untuk mencuba sukan berkenaan. 

Ternyata usaha tersebut berbaloi apabila 6 orang murid telah terpilih untuk ke peringkat seterusnya iaitu Pertandingan Perahu Layar antara sekolah Menengah di Daerah Port Dickson di lokasi sama pada 15hb Ogos lalu. 

Apa yang lebih membanggakan murid - murid yang dibawa mewakili SMKPP itu telah berjaya mendapat  tempat ketiga daripada sembilan sekolah yang bertanding. 

Semoga sukan Perahu Layar ini akan terus diteroka oleh murid-murid SMKPP , peluang menimba ilmu yang diberi diharapkan dapat melahirkan pelapis yang akan mengharumkan nama negara suatu hari nanti...

SMKPP boleh !!!!!

Babak 1 :  Pembahagian kumpulan sebelum memulakan aktiviti

TARIKH ; 13 OGOS 2015


Babak 2 : Taklimat mengenai sukan perahu layar ...semua sedang tekun mendengar...


Barisan guru-guru pengiring...


Babak 3 : Memulakan perjalanan , menggunakan perahu layar dengan ditemani oleh seorang Jurulatih...



Pemandangan laut kebiruan memukau pandangan....












TARIKH : 17 OGOS 2015

setelah mempelajari teknik mengendalikan perahu layar , pada 13hb Ogos , seterusnya terpilih mewakili SMKPP untuk pertandingan antara Sekolah Menengah daerah Port Dickson yang berlangsung pada 15hb Ogos lepas, dan ia ternyata bukan usaha yang sia-sia kerana berjaya mendapat tempat ketiga daripada sembilan buah sekolah....

~PENYAMPAIAN HADIAH TEMPAT KETIGA , MENERIMA HADIAH SECARA RASMI DARIPADA PENGETUA, EN. ROSLAN BIN MOHD ZAINAL











No comments:

Post a Comment