WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Monday, August 10, 2015

Terima kasih Cikgu Salleh , budimu akan terus dikenang....


Tanggal 4hb Ogos 2015 , genap usia 60 tahun Cikgu Salleh Bin Mohamad....,
dan pada tahun ini juga genap 40 tahun perkhidmatannya dalam Kementerian Pendidikan, 
sebagai seorang Guru Pendidikan Seni Visual yang sudah berjuang selama 20 tahun di SMKPP ,
serta sudah  melahirkan ribuan murid yang kini sudah berbakti pula kepada pertiwi tercinta...

Sempena persaraan Cikgu Salleh , SMKPP telah meraikannya dalam satu majlis pada tanggal 3hb Ogos yang lalu...
Segmen 'tribute' buat Cikgu Salleh ,diraikan dengan duduk di atas pelamin khas di atas pentas, telah membuatkan warga SMKPP lebih mengenali sejarah peribadi beliau . Warga SMKPP juga telah menghadiahkan sebuah kenangan yang tidak mungkin Cikgu Salleh lupakan , iaitu membawa  Cikgu Salleh dengan menaiki 'tandu' yang direka sendiri oleh GPK Kokurikulum , ,En. Adly Hazrami, dan beberapa orang murid SMKPP....

Apa pun, warga SMKPP ingin mengucapkan Selamat bersara buat Cikgu Salleh, kami berdoa semoga cikgu dikurniakan kesihatan yang baik dan gembira selalu di samping keluarga tercinta.
Terima kasih atas khidmat bakti cikgu yang telah bersusah payah mendidik anak watan Pasir Panjang selama ini. Budimu cikgu tidak terbalas, hanya Allah s.w.t yang layak membalas budi cikgu selama ini... Terima kasih cikgu..sampai jumpa lagi...


































Bacaan sajak oleh Cikgu Salawati dan Cikgu Sazila , sajak hasil nukilan Pn. Suriya Ariffin , Ketua Bidang Bahasa yang juga merupakan bekas anak murid Cikgu Salleh....



























































No comments:

Post a Comment