WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Friday, August 28, 2015

SMKPP ~ SEHATI SEJIWA ...


Aktiviti kokurikulum dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam aktiviti yang dilakukan seperti,  bersatu hati , bekerjasama, bertanggungjawab serta berdisiplin.

Itu yang ingin disampaikan oleh GPK kokurikulum SMK Pasir Panjang (SMKPP) , En. Adly Hazrami Bin Masngadi kepada semua murid melalui formasi logo tema hari kebangsaan tahun ini iaitu sehati sejiwa bersama kata-kata "langkah sederap".

Seramai 367 orang murid dan 50 orang guru termasuk Pengetua , En. Roslan Bin Mohd Zainal ,bersama staf sokongan, bersepakat membentuk formasi logo hari kebangsaan berkenaan sebelum aktviti kokurikulum baru-baru ini .

Ia juga sebagai tanda penyatuan hati murid- murid SMKPP walaupun berbeza agama dan budaya , mereka masih dapat bekerjasama menjalankan aktiviti di sekolah setiap hari.































Aktiviti diteruskan dengan aktiviti mewarna gambar hari kebangsaan...









Cikgu Zaharuddin dan Cikgu Anwar ..sehati sejiwa melaksanakan tugasan...

No comments:

Post a Comment