WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Wednesday, August 19, 2015

Pelancaran Bulan Kemerdekaan ; Konvoi Kembara Jalur Gemilang 2015 jadikan SMKPP antara lokasi persinggahan


SMK PASIR PANJANG MENYAMBUT KETIBAAN KONVOI KEMBARA JALUR GEMILANG 2015 SEMPENA PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SMKPP.....


Bersempena menyambut bulan kemerdekaan kali ke 58  tahun ini , buat julung kalinya SMK Pasir Panjang , Port Dickson (SMKPP) dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan ,telah  menyambut ketibaan konvoi Kembara Jalur Gemilang 2015 yang terdiri daripada  30 buah agensi-agensi kerajaan dan badan-badan berkanun yang disertai oleh 104 orang peserta termasuk anggota-anggota PDRM dan konvoi ini diketuai oleh En. Tan Fook Min , Penolong Pengarah PKPM , Jabatan Penerangan Malaysia , Negeri Sembilan .


Majlis telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Abdul Rahman Bin Mohd Redza, Adun Linggi.
Menurut En. Muhamad Ramadan Bin Ab. Rahim, skuad peninjau konvoi dari Jabatan Penerangan Malaysia , konvoi Kembara Jalur Gemilang peringkat Negeri Sembilan telah dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan , Datuk Mohamad Bin Hasan pada 17 hb Ogos yang lalu di Dewan Majlis Perbandaran Seremban . Konvoi tersebut menjelajah ke 16 destinasi dan berakhir pada 20 hb Ogos ini di Dewan Majlis Perbandaran Nilai.


SMKPP adalah merupakah destinasi yang ke 4 dan  antara objektif konvoi kembara Jalur Gemilang ini adalah untuk menyeru kepada rakyat untuk mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan kemerdekaan , di samping itu bagi memupuk semangat patriotik di kalangan masyarakat agar cintakan Negara .


Dalam ucap utama ketua konvoi, En. Tan Fook Min , beliau memaklumkan mahu memasyarakatkan agensi-agensi yang terlibat dan dapat menyalurkan maklumat melalui penyebaran risalah dan pamplet kepada golongan sasaran tertentu.


Manakala dalam ucapan perasmian , YB Tuan Haji Abdul Rahman Bin Mohd Redza , menyifatkan program seumpama ini , sangat penting dan bermakna serta perlu dihayati oleh seluruh rakyat Malaysia . Ini kerana , kemerdekaan yang dikecapi hari ini adalah sesuatu yang sangat mahal dan tidak mampu dibayar oleh generasi kini . Maka generasi hari ini perlu berusaha memperbaiki diri menjadi insan yang berjaya bagi memimpin negara pada masa depan.

Majlis pelancaran bulan merdeka dan sambutan konvoi kembara Jalur Gemilang 2015 merdeka diakhiri dengan menyerahkan Jalur Gemilang oleh ketua konvoi , En. Tan Fook Min kepada ketua-ketua Kampung sekitar Pasir Panjang , antaranya, En. Noor Hashim Bin Idris (Ketua Kampung Pasir Panjang ), En . Abdul Jalil Hasan Bin Abdullah (Ketua Kampung Sg. Raya ) , En Abu Bakar  Bin Yusof ( Ketua Kampung Teluk Pelanduk ), serta kepada En Mohd Zulkifli Bin Mad Rais (Pegawai Jasa Daerah Port Dickson), En. Zulhilmy (waklil JKKK Pengkalan Durian , Linggi ) dan En. Ahmad Muzammil dari Kolej Uniti Pasir Panjang. 

Aktiviti dimulakan dengan aktiviti mewarna lukisan berkaitan dengan kemerdekaan....
















Pengedaran  majalah , pamplet dan risalah dari Jabatan Penerangan Malaysia , Negeri Sembilan

bersedia untuk diedarkan kepada semua warga SMKPP...



Guru-guru berpeluang membaca majalah yang diedarkan...



Murid-murid SMKPP bersedia beratur sambil memegang Jalur Gemilang, menunggu ketibaan peserta konvoi kembara Jalur Gemilang.

Ketibaan YB, Abdul Rahman Bin Mohd Redza , Adun Linggi untuk merasmikan majlis pelancaran.



Peserta konvoi masuk ke perkarangan sekolah didahului oleh pasukan anggota PDRM...



























Peserta Konvoi Kembara Jalur Gemilang selamat sampai ke SMK Pasir Panjang, disambut oleh Ketua Panitia Sejarah SMKPP , En. Kanna Paramathma.












Nyanyian lagu patriotik oleh barisan koir SMKPP....


Ucapan alu-aluan oleh En. Abdul Wahid Bin Abdul Ghani, mewakili Pengetua ...





Ucapan perasmian pelancaran bulan kemerdekaan peringkat SMKPP ,oleh YB Abdul Rahman...





Bersama menyanyi lagu Jalur Gemilang,,,,







Konvoi Kembara Jalur Gemilang , bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan setelah hampir sejam bersama warga SMKPP....






No comments:

Post a Comment