WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Sunday, February 8, 2015

Program Kerohanian di Pagi Jumaat ~ Melibatkan Semua Murid Berbilang bangsa ...


Pagi Jumaat pada tanggal 6hb Februari 2015 yang lalu, program kerohanian untuk sessi baru kembali dengan   dimulakan dengan beberapa aktiviti  untuk  warga SMKPP yang terdiri daripada berbilang kaum. Program kerohanian kali ini berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga 9.20 pagi dan melibatkan semua murid dan guru.

Di surau SMKPP , murid - murid  dan guru-guru Islam berkumpul untuk aktiviti ceramah Maulidur Rasul bertajuk 'Cintai Rasulullah ' yang disampaikan oleh Mejar Alias Bin Muhammad , Kaunselor dari Pusasda Port Dickson , Negeri Sembilan . Sebelum ceramah disampaikan , guru dan murid berselawat bersama-sama dan Alhamdulillah.. majlis berlangsung dengan lancar. 

Sementara itu , di tapak perhimpunan dan kantin SMKPP , murid - murid  dan guru-guru kaum India menyediakan kelengkapan untuk memasak 'Ponggal' dan mengikat bunga-bungaan untuk dijadikan hiasan .

Bagi murid-murid dan guru  berbangsa Cina pula , aktiviti ceramah mengenai 'coral' atau batu karang diadakan di Makmal Komputer SMKPP. Ia berkaitan keistimewaan dan keindahan batu karang yang wajar dipelihara untuk keseimbangan hidupan di lautan .


















No comments:

Post a Comment