WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Wednesday, February 4, 2015

TAKLIMAT SUNTIKAN HPV KEPADA MURID TINGKATAN SATU ...

TARIKH : 4HB FEBRUARI 2015

TEMPAT : DEWAN ILMIAH , SMKPP

Satu taklimat mengenai suntikan HPV , telah diadakan bagi semua murid perempuan tingkatan satu 2015 semalam . Dua orang jururawat dari Unit Sekolah , Klinik Kesihatan Pasir Panjang telah mengedarkan pamplet dan memberi penerangan mengenai kepentingan suntikan HPV kepada semua murid yang hadir.

Apakah sebenarnya suntikan HPV ?

HPV ialah singkatan untuk Human Papilloma Virus yang merupakan penyebab utama kanser servik.
Semua wanita berisiko mendapat kanser servik selepas berkahwin . Kanser servik juga antara penyebab utama kematian wanita di Malaysia .

Di Malaysia ,menerusi Kementerian Kesihatan , pelalian atau suntikan HPV diberikan kepada semua gadis berumur 13 tahun  secara percuma di sekolah atau di klinik kesihatan . Ia diberi suntikan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual yang ditetapkan. Dengan mendapat suntikan ia dapat melindungi gadis tersebut daripada dijangkiti kanser servik.




No comments:

Post a Comment