WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Sunday, February 1, 2015

Corat coret SMKPP ~MAKAN PISANG BAWA BANYAK KEBAIKAN~ ...


Ada sesetengah orang tidak suka makan pisang kerana kata mereka , buah berkenaan tiada kelas, tidak sedap , biasa - biasa sahaja dan ada yang amat menggemarinya kerana ia amat mudah didapati , murah dan tidak perlu dikupas menggunakan pisau atau parang.

Tapi tahukah anda pisang sebenarnya banyak khasiat , jika kita sedang berduka , makan la pisang kerana protein dalam pisang dikenali sebagai triptofan ditukar kepada serotonin oleh badan manusia.
Serotonin ialah sejenis bahan yang mampu menghasilkan perasaan tenang , membangkitkan mood dan membuat kita rasa gembira  maka  ia sangat berguna bagi mereka yang menghadapi tekanan atau stress. 

Selain daripada itu, pisang juga dapat meredakan ketidakselesaan perut , merangsang otak , membantu seseorang lebih peka , cuba anda makan pisang sebelum menjawab soalan peperiksaan atau pun sebelum memasuki bilik temuduga dan lihat hasilnya...

Bagi mereka yang mementingkan kesihatan kulit dan mahu kulit cantik , kisar pisang dicampurkan dengan madu bersama beberapa titik oren , sapu pada muka dan biar beberapa minit dan bilas, hasilnya tidak mengecewakan ...begitulah serba sedikit info mengenai buah pisang , cuba la makan pisang pasti anda sihat dan sentiasa tenang ...Insya Allah.

~ Blogger SMKPP

~( Info mengenai pisang ini , didapati daripada majalah kesihatan )~

No comments:

Post a Comment