WELCOME NOTE







"SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SMK PASIR PANJANG BATU 17 JALAN PANTAI 71250 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN ..TEL :066619027 FAKS : 066610780 EMAIL : smpasirpanjangpdn9@gmail.com




Monday, February 9, 2015

PERHIMPUNAN RASMI BERSAMA BAPA ANGKAT -


Hari  ini , seperti biasa perhimpunan mingguan di adakan di Dewan Utama. Hari ini lebih istimewa kerana Unit HEM mengundang Inspektor Jega dan beberapa Pegawai Polis dari Balai Polis Pasir Panjang untuk memberi ceramah mengenai beberapa kesalahan jenayah seperti buli dan gangsterism yang juga berlaku di mana-mana sekolah hari ini. 

Dalam ceramahnya. antara lain Inspektor Jega mengingatkan murid-murid SMKPP mematuhi peraturan yang ditetapkan di sekolah dan fokus kepada pembelajaran dan tidak sesekali melanggar disiplin sekolah. Kesempatan yang ada untuk menimba ilmu sepatutnya direbut dengan baik supaya menjadi insan yang disegani apabila dewasa kelak.

Blogger : Teringat peribahasa Melayu , 'buat baik berpada-pada , buat jahat jangan sekali,' ... maksudnya amat mendalam sekali....







No comments:

Post a Comment